Akidah Mahathir rosak lagi pada 16/11/99 jam 9

Akidah Mahathir rosak lagi pada 16/11/99 jam 9.20 malam

 

Malam ini, 16 November 1999 jam 9.00 malam, Mahafiraun berkempen dalam semua saluran TV di negara ini melalui temuramah khas bersama Chamil Wariya, seorang editor media munafik negara. SPR Nampaknya Mahafiraun Malaysia moden ini menganggap negara ini syarikat dia punya. Sudahlah harta rakyat dirompak dan dibahagi-bahagikan sesama sahabat-handai dan anak-pinaknya, agensi kerajaan seperti TV pun digunakannya untuk berkempen.

Saudara-saudari yang tidak menonton program tersebut, dengarlah apa yang saya nak bagitahu. Ketahuilah bahawa banyak kejanggalan dalam apa yang diutarakan oleh Si Tua Munafik ini.

Si Tua Gila ini ada menyebut "Islam harus sesuai sepanjang zaman". Apa maksud kenyataan ini? Kenyataan ini mempunyai implikasi atau kesan ke atas akidahnya. Kenyataan itu mempunyai erti bahawa "Islam harus diperlakukan dan dimasak-masak supaya kelihatan sesuai dengan setiap zaman." Maknanya ada campurtangan manusia supaya Islam itu sesuai dengan segala zaman. Apa ertinya ini? Ini bererti bahawa apabila tiba satu zaman di mana orang ramai suka berzina, maka Islam mesti disesuaikan supaya masyarakat penzina ini menerima Islam. Apa makna seterusnya? Makna seterusnya, jika Islam mengharamkan zina, tentunya Islam tidak akan diterima pada zaman itu. Tidak diterima pada zaman itu bermaksud tidak sesuailah untuk zaman itu. Maka kenalah Islam disesuaikan dengan budaya dan cara hidup masyarakat penzina itu. Apa cara hendak menyesuaikan Islam dengan budaya dan cara hidup masyarakat penzina supaya ia diterima? Jawabnya, kenalah Islam menghalalkan zina. Maka di sinilah ada peranan manusia kerana Islam itu sendiri tidak upaya hendak menyesuaikan dirinya sendiri dengan cara hidup itu. Maka di sinilah akan timbul manusia-manusia jahat dan munafik pengampu yang bertopengkan ilmu agama yang cuba mencari-cari dalih dan logik akal untuk menghalalkan zina. Astora Jubor sudah pun merealisasikan pendapat Si Tua Munafik ini. Astora Jubor cuba menyesuaikan Islam dengan zaman moden ini dengan menghalalkan wanita tidak menutup kepala oleh kerana cara hidup sekarang ialah tidak menutup kepala. Jika menutup kepala dianggap janggal dan pelik. Lalu berkatalah Astora Jubor yang tidak pun ada ilmu agama (cuma dia ada ilmu bahasa dan sastera Arab) bahawa menutup kepala bagi wanita itu adalah tidak wajib kerana kepala bukan aurat bagi wanita. Idea jahat macam Astora Jubor inilah yang disukai dan dimaksudkan oleh Mahafiraun Malaysia moden ini suatu ketika dulu apabila dia minta al-Quran ditafsirkan semula. Maknanya, Al-Quran kena ditafsirkan mengikut kehendak semasa - kalau zaman semasa kata wanita suka dedahkan kepala, maka tafsirlah bahawaa kepala itu bukannya aurat. Maka apabila kepala bukan aurat, maka tidak perlulah tutup kepala. Yang diperlu ditutup ialah aurat. Nah, inilah cara Mamak Tongkang ini memutarbelit seperti ular Sajaratul Akrab (the archetypal snake).

Kenyataan Si Tua Laknat itu amat salah. Kenyataan yang betul yang sepatutnya dikatakan olehnya ialah "Islam adalah sesuai sepanjang zaman." Maknanya Islam itu sendiri secara fitrah (semulajadi) memang sesuai dengan segala zaman. Maka tidak perlu ada usaha merombaknya secara besar-besaran bagi menyesuaikannya dengan aman itu. Jika zaman itu bersalahan dengan Islam, maka bersalahan lah. Jangan pula hendak disesuaikan pulak! Jangan pula hendak disesuaikan Islam dengan peraduan Ratuk Cantik yang telah menerajang Mufti Selangor itu. Jangan pula hendak disesuaikan Islam dengan cara hidup AIDS yang diperjuangkan oleh Marina Ibu AIDS Malaysia itu. Jangan pula hendaklah disesuaikan Islam dengan pesta lucah anjuran Marina IBU AIDS yang diadakan di KL baru-baru ini. Jangan pula hendak disesuaikan Islam dengan rambut palsu Cik Siti Hasmah. Jangan pula hendak disesuaikan Islam dengan judi yang dikatakan oleh pengasas mazhab Hanifi sebagai tidak terdapat dalam Al-Quran. Jangan pula hendaklah disesuaikan Islam dengan cara hidup menggomoli wanita-wanita cantik di tempat-tempat eksklusif seperti yang dilakukan oleh ramai menteri dan Mahfiraun Tua ini sendiri.

Mamak Tongkang ini juga ada mengatakan bahawa ada ulama jahat. Lalu dia pun menyebut tentang kemunculan Mirza Ghulam Ahmad yang mengasaskan Qadiani. (Tetapi Si Mamak Tongkang ini tidak menyebutpun nama Mirza Ghulam Ahmad. Dia cuma sebut ada ulama yang perkenalkan fahaman sesat untuk kepentingan). Kita akui dan sejarah juga akui bahawa Mirza Ghulam Ahmad itu memang seorang yang menyeleweng untuk kepentingan dirinya. Tetapi Mahafiraun ini rupa-rupanya tersalah memilih contoh kerana contoh yang dipilihnya itu memantulkan balik keburukan kepada dia sendiri. Mahathir sepatutnya tahu bahawa kemunculan Mirza Ghulam Ahmad dengan agama baru Qadiani adalah atas tajaan British yang menjajah ketika itu. Mirza Ghulam Ahmad bersekongkol dengan British membentuk ajaran itu bagi membendung kebangkitan umat Islam India menentang British. Maknanya, Mirza itu menyelewengkan agama untuk kepentingan pihak kerajaan. Mahafiraun sepatutnya sedar bahawa semua ulama yang memnyeleweng dalam sejarah adalah ulama kerajaan. Mereka ini tukang mengampu dan mengharapkan habuan pemerintah. Sebenarnya Mirza bukanlah tokoh agama. Dia tiba-tiba saja muncul memperkenalkan ajaran baru dan mendakwa dirinya Nabi.

Kemudian Si Tua Laknat itu menyentuh soal mencarut dan fitnah. Katanya, "Dalam al-Quran, Tuhan melarang kita menfitnah, bahkan fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh." Amboi, alimnya dia. Alangkah "religious"nya dia. Kenyataan itu betul. Tetapi apa yang hendak saya timbulkan di sini ialah mimik muka dan raut wajahnya ketika mengucapkan kenyataan itu agak lain benar nampaknya. Saya naik ketawa kerana nampak sangat dia tidak selesa mengucapkan statement itu kerana memang dalam dirinya sendiri ada habit suka memfitnah orang. Saya kemudian menghubungi rakan saya seorang pakar psikiatri di salah sebuah institusi perubatan bertanyakan beliau apa komen beliau tentang Mahafiraun itu ketika mengucapkan kata-kata itu. Rupa-rupanya kawan saya itu juga menonton program itu. Dia mengesahkan bahawa Mamak Tongkang itu tidak selesa ketika mengungkapkan larangan fitnah itu. Raut wajah dan mimik muka serta pergerakan mata amat terang lagi bersuluh bahawa dia memang tidak selesa. Saya bertanya lagi apa maksud tidak selesa itu? Kata kawan saya, biasanya orang yang berbohong dan bermuka-muka akan memperlihatkan raut wajah dan mimik muka seperti itu ketika mengucapkan perkataan bohong dan bermuka-muka. Misalnya apabila seseorang mengaku dia tidak buat sesuatu hal, padahal dia buat sebenarnya, akan memperlihatkan mimik muka dan raut wajah seperti itu. Itulah kata kawan saya, seorang pakar psikiatri yang mempunyai pengalaman psikiatri klinikal berpuluh tahun. Saya tidak puas hati lagi, lalu menghubungi seorang kenalan, seorang pensyarah psikologi sosial di salah sebuah universiti tempatan. Kenalan ini mengatakan sama seperti pakar psikitari tadi. Tetapi kenalan saya yang ini menambah bahawa dari segi kesan sosialnya, kenyataan Mamak Tongkang itu memberi kesan negatif, bukan seperti yang diharapkan oleh Mamak Tongkang itu sendiri. Ini kerana raut wajah dan mimik muka yang diperagakan ketika mengungkapkan soal fitnah itu, dia gagal mengawal dirinya supaya kelihatan bersahaja. Peragaan yang bersahaja lebih meyakinkan massa (orang ramai). Menurut kenalan ini, pada kebiasaannya, seseorang akan mengambil apa saja langkah yang perlu untuk kelihatan bersahaja bagi meyakinkan massa (orang ramai) dan hasilnya ialah dia kelihatan bersahaja. Bagi Mahafiraun ini, dia juga sudah mengambil apa saja langkah untuk kelihatan bersahaja tetapi gagal bersahaja. Ini menunjukkan bahawa dia teramat tidak selesa dengan isu itu dan ada sesuatu yang besar sedang berperang (berkonflik) dalam dirinya ketika mengungkapkan isu fitnah. Jadi kenalan ini membuat kesimpulan bahawa Mahathir sebenar berbohong dan bermuka-muka ketika menimbulkan isu fitnah kerana sememangnya dia sebenarnya pemfitnah. Sebab itu dia tidak selesa ketika itu.

 

Demikianlah hasil penangan saya kali ini. Cetak dan edarkan! Kenali siapa Mahathir Si Mamak Tongkang Mahafiraun Malaysia moden ini!

 

Maliki Malakiah